Site icon TechNave BM

iPhone 15 dilapor akan menggunakan kerangka titanium

Terdapat satu khabar angin baru yang tersebar di media sosial sejak kebelakangan ini mengenai Apple iPhone 15. Seorang sumber yang boleh dipercayai menyiarkan di Twitter bahawa iPhone 15 akan datang dengan reka bentuk yang berbeza. Menurutnya, iPhone 15 akan mempunyai panel belakang melengkung.

Berbeza daripada panel rata yang biasa kita lihat sejak siri iPhone 12 hingga siri 14. Ini adalah khabar angin tetapi ini adalah disebabkan bahawa MacBook Pro terbaru datang dengan reka bentuk yang serupa. Jika khabar angin ini menjadi benar, maka telefon pintar utama Apple seterusnya akan diambil daripada reka bentuk Apple iPhone 5c.

Sumber menambah lagi bahawa iPhone 15 akan datang dengan bahan Titanium. Jika dibandingkan dengan mana-mana siri iPhone 12, 13 atau 14, pengguna akan bersetuju dengan bahawa ia tidak berasa begitu selesa di telapak tangan walaupun pada hakikatnya reka bentuk panel rata adalah reka bentuk yang sangat cantik dan kelihatan premium.

Tetapi jika iPhone 15 menggunakan reka bentuk panel belakang melengkung, ia adalah berita baik untuk ramai pengguna iPhone. Tidak seperti reka bentuk tepi tajam yang membuatkan ia tidak selesa untuk dipegang.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: PhoneArena

Exit mobile version