Site icon TechNave BM

iPhone 15 mungkin membawa port USB-C pada tahun 2023

Menurut penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo mengatakan iPhone 15 akan menjadi iPhone pertama yang menggunakan port USB-C. Maklumat ini didapati daripada sumber rantaian bekalan dan ramalannya sering menjadi kenyataan.

Setiap tahun Apple akan dikhabarkan untuk menggantikan port Lightning dengan USB-C yang lebih universal. Khabar angin sedemikian sering dikeluarkan sejak tahun 2017 di mana Kuo merupakan salah seorang yang meramal perubahan tersebut.

Jika maklumat ini benar, siri iPhone 14 akan menjadi iPhone terakhir yang dilengkapi port Lightning. Apple telah pun memindahkan kebanyakan perantinya ke USB-C kecuali iPad peringkat permulaan, barisan AirPods dan iPhone.

Dengan penukaran ke USB-C, iPhone 15 akan mendapat pengecasan yang lebih pantas dan sambungan yang lebih luas. Harga kabel USB-C ke Lightning adalah sama pada RM99 seperti kabel USB-C ke USB-C di laman web rasmi Apple.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version