Site icon TechNave BM

iPhone 15 mungkin sokong sambungan WiFi 6E yang sama pada Mac M2 dan iPad Pro

Apple mungkin sedang menaik taraf siri iPhone 15 dengan WiFi 6E seperti yang terdapat pada MacBook Pro, Mac Mini dan iPad Pro M2 terkini. Maklumat ini berdasarkan nota penyelidikan yang dikongsi oleh penganalisis Barclays Blayne Curtis dan Tom O’Malley.

Seperti yang dilaporkan oleh MacRumors, ini merupakan satu peningkatan daripada WiFi 6 yang kini disokong oleh semua model dalam siri iPhone 14. Namun begitu, penganalisis tersebut tidak mengatakan sama ada semua model siri iPhone 15 akan menampilkan WiFi 6E atau hanya model Pro.

WiFi 6E menyediakan kelajuan wayarles yang lebih pantas, kependaman (latency) yang lebih rendah dan kurang gangguan isyarat serta beroperasi pada jalur 2.4GHz, 5GHz dan 6GHz. Untuk menikmati kuasa penuh WiFi 6E, pengguna memerlukan penghala yang menyokong WiFi 6E.

Seperti biasa, ini hanyalah jangkaan semata-mata, tetapi kami tidak akan terlalu terkejut jika ia memasuki siri iPhone 15 pada tahun ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version