Site icon TechNave BM

iPhone 15 Pro Max mungkin pecahkan rekod bezel telefon pintar paling nipis di dunia

Menurut khabar angin terbaru, telefon Apple iPhone 15 Pro Max akan membawakan bezel super nipis. Sempadan hitam akan berukuran hanya 1.55 mm jauh lebih rendah daripada iPhone 14 Pro Max iaitu 2.17 mm. Untuk perbandingan, Xiaomi 13 mempunyai ketebalan 1.81 mm dan merupakan telefon dengan bezel paling nipis di dunia.

Pesaing terbesar Apple iaitu Samsung Galaxy S23 mempunyai sekitar 1.95 mm. Apple akan mengambil takhta untuk segmen bezel ternipis. iPhone 15 Pro juga akan membawakan bezel nipis tetapi tidak dipastikan sama ada ia akan mencapai ketebalan yang sama seperti model Pro. Untuk varian 15 dan 15 Plus, peranti ini harus mengekalkan bezel yang terdapat pada 14 Pro.

Keempat-empat model iPhone 15 akan menggunakan lubang tebuk berbentuk pil Dynamic Island. Model Pro masih akan mendahului daripada segi reka bentuk dan ciri. Sebagai contoh, iPhone 15 dan 15 Plus masih akan terlepas teknologi ProMotion. Ini bermakna, pada tahun 2023, Apple masih mengeluarkan telefon dengan kadar penyegaran 60Hz.

Jika hendak dibandingkan, kebanyakan telefon segmen pertengahan Android dan beberapa telefon segmen permulaan hadir dengan sekurang-kurangnya 90Hz kadar penyegaran. Nampaknya Apple masih tidak peduli tentang penyegaran semula skrin walaupun harga yang dijual lebih mahal berbanding jenama lain.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version