Site icon TechNave BM

iPhone 15 Pro mungkin bawa warna Titan Grey dan biru tua dengan kemasan titanium

iPhone 15 Pro yang bakal dilancarkan oleh Apple yang dijadualkan pada 12 September 2023. Berbeza dengan versi sebelumnya yang menggunakan keluli tahan karat sebagai bingkai, iPhone 15 Pro dan juga Pro Max dilaporkan akan menggunakan bingkai titanium.

Perubahan ini akan mempengaruhi pilihan warna daripada emas dan ungu kepada Titan Grey dan biru tua. Gambar di bawah ini menunjukkan paparan Titan Grey yang dijangka akan dilancarkan nanti.

Warna yang dinyatakan mungkin berubah kerana Titan Grey dipercayai sebagai nama sementara yang digunakan oleh Apple semasa proses pembangunan. Seperti yang dapat dilihat, Titan Grey berwarna lebih gelap daripada perak atau putih, tetapi lebih terang daripada Space Black atau grafit.

Biru tua akan menggantikan warna ungu dalam jajaran telefon pintar Pro terbaru dari Apple. iPhone 15 dan iPhone 15 Plus pula dijangka akan dikeluarkan dalam warna hitam, hijau, biru, kuning dan merah jambu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version