Site icon TechNave BM

iPhone 16 Pro Max mungkin tampilkan kamera periskop “Super Telefoto”.

Siri iPhone 15 masih belum dilancarkan tetapi khabar angin mengenai iPhone 16 sudah mula tular. Siri iPhone 16 dijangka akan dilancarkan sekitar September 2024 dan artikel ini akan membincangkan bahagian kamera pada iPhone 16 Pro Max.

Menurut sumber, iPhone 16 Pro Max akan dipasang dengan kamera zum periskop “Super Telefoto” dengan jarak fokus melebihi 300mm yang menunjukkan satu kejayaan besar dalam bidang kejuruteraan sekiranya khabar angin ini benar. Ini kerana iPhone 14 Pro Max hanya mempunyai jarak fokus 77mm yang diakui bukan periskop.

September ini, iPhone 15 Pro Max dikhabarkan akan membawa kamera periskop pada dan diikuti oleh iPhone 16 Pro tetapi bukan “Super Telefoto”. Kamera Super Telefoto sering digunakan dalam fotografi sukan dan hidupan liar serta menarik digunakan untuk potret.

Selain itu, sumber juga mendakwa kamera utama iPhone 16 Pro Max akan mempunyai sensor 12% lebih besar (saiz 1/1.14″) berbanding iPhone 14 Pro Max (1/1.28″). iPhone 15 Pro Max dijangka kekal dengan perkakasan pendahulunya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Weibo

Exit mobile version