Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone 17 pada September 2025 dengan potensi penambahan warna baharu iaitu ungu dan hijau untuk model asas. Kedua-dua warna ini kini sedang diuji, namun hanya satu mungkin akan dilancarkan secara rasmi dengan warna ungu dilihat sebagai calon utama.
Rekaan iPhone 17 model asas akan mengekalkan bingkai aluminium yang ringan dan elegan serta diberikan sentuhan warna baharu tersebut bagi menaikkan daya tarikan visual. Warna ungu dijangka menarik perhatian pengguna yang inginkan peranti dengan personaliti unik, manakala warna Hijau dijangka tampil lebih segar dan minimalis. Pilihan warna ini bakal memberi kelainan kepada reka bentuk iPhone yang sudah sinonim dengan gaya mewah dan ringkas.
Daripada segi spesifikasi, iPhone 17 model asas dijangka menawarkan beberapa peningkatan utama. Antaranya termasuk skrin dengan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman visual yang lebih lancar serta penggunaan cip A18 Bionic versi dioptimumkan yang menjanjikan prestasi tinggi dan kecekapan tenaga. Reka bentuk turut menampilkan belakang kaca yang menyokong pengecasan MagSafe, manakala sistem kamera ditambah baik dengan lensa utama yang lebih cekap dalam pencahayaan rendah, disokong oleh perisian fotografi komputasi canggih.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Majinbu Official

