Site icon TechNave BM

iPhone 6S terjatuh 300m dari kapal terbang, masih berfungsi dengan elok

Seorang pengguna iPhone 6S di Brazil telah menjatuhkan telefonnya secara tidak sengaja dari kapal terbang sewaktu ia terbang tinggi di angkasa Rio de Janeiro. Ernesto Galiotto sedang merakam video dengan memegang iPhone 6S miliknya di luar tingkap, namun angin kuat yang datang secara tiba-tiba telah menolak telefon itu daripada tangannya.

Selepas mendarat, Ernesto menggunakan aplikasi Find My App untuk mencari telefonnya yang telah terjatuh di pantai berdekatan dan mendapati ia masih berfungsi walaupun selepas terjatuh daripada ketinggian lebih 300 meter. Telefon tersebut yang hanya dilengkapi sarung silikon dan pelindung skrin mampu menahan impak jatuh itu dengan hanya sedikit kesan calar.

Bukan itu sahaja, iPhone 6S tersebut telah merakam video sepanjang ia jatuh daripada kapal terbang yang ditunggangi Ernesto. Beliau telah berkongsi seluruh pengalaman tersebut dalam sebuah vlog di YouTube.

Tentunya kejadian ini membuktikan mutu buatan siri iPhone. Adakah anda pemilik bangga iPhone 6S? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Globo

Exit mobile version