Site icon TechNave BM

iPhone 9 adalah iPhone SE dengan A13 Bionic, storan sehingga 256GB, anggaran harga ~RM1,739

Kelihatannya, mungkin apa yang dilaporkan oleh sumber sebelum ini ada benarnya tentang iPhone yang bakal dikeluarkan pada bulan April. Namun, berita kali ini agak mengejutkan. Terkini, sumber melaporkan beberapa maklumat seperti nama iPhone 9 (dipercayai sebenarnya iPhone SE) dan spesifikasi penting.

Menurut sumber, banyak yang menganggap peranti mampu milik Apple ini sebagai iPhone 9, iPhone SE2 dan sebagainya (kami turut menamakannya sebagai iPhone 9). Namun, sumber mendapat maklumat bahawa Apple bakal menamakan iPhone mampu milik tahun 2020 ini dengan nama ‘iPhone SE’ sahaja. iPhone SE tahun 2020 ini bagaimanapun dipertingkatkan dengan kemas kini perkakas terbaru.

Model baru iPhone SE dilaporkan bakal hadir dengan processor Bionic A13 (processor terbaru Apple) dengan beberapa varian storan (64GB/128GB/256GB). Bukan itu sahaja, iPhone SE tahun 2020 ini bakal hadir dengan pilihan warna putih, hitam dan merah. Berkemungkinan, peranti ini dianggarkan muncul di pasaran dalam masa terdekat ini dengan harga $399 (lebih kurang ~RM1,739). Anggaran harga ini adalah berpunca daripada Ming-Chi Kuo, seorang juruanalisis yang pernah menyatakan bahawa Apple ada merancang untuk meletakkan harga tersebut pada iPhone terbarunya.

Sumber turut menjangkakan ia bakal dikeluarkan dalam masa terdekat ini oleh kerana terdapat makluman dari pihak lain. Apa yang penting, anda perlu tahu berita khabar angin bukanlah sesuatu yang rasmi. Kami akan pastikan anda mendapat maklumat terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Adakah anda akan menyambar iPhone SE tahun 2020 ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version