Site icon TechNave BM

iPhone 9 bakal hadir September ini dengan Touch ID klasik, iPad Pro dengan tiga kamera

Terkini, penggiat teknologi di 9to5Mac telah menyelongkar maklumat tersembunyi di sebalik kod bocor iOS 14. Apa yang menariknya, mereka menemui maklumat tentang iPhone 9, iPad Pro baharu dan Apple TV!

iPhone 9 dijangkakan bakal dilengkapi Touch ID (pengimbas cap jari di butang home). Fungsi klasik ini berlawanan dengan beberapa khabar angin yang menyatakan bahawa iPhone 9 bakal dilengkapi Face ID.

Beralih kepada maklumat mengenai iPad Pro, penggiat teknologi yang menyelongkar kod iOS 14 menemui fungsi tetapan tiga kamera dengan sensor ToF 3D (Time-of-Flight). Kelihatannya iPad selepas ini bakal dilengkapi ciri fotografi yang menarik juga!

Sumber: OnLeaks melalui iGeeksBlog

Sedikit kelainan kali ini pada produk Apple TV! Apple sedang membina kotak Apple TV dan alat kawalan baru yang bakal menggantikan Siri. Bukan itu sahaja, pengesan item bersama AirTags yang berfungsi seperti pengesan pengesan Tile dilaporkan sedang diusahakan oleh Apple.

Dengan kemunculan Apple yang semakin aktif dalam arena teknologi, kami menjangkakan iPhone 9 bakal dilancarkan pada tarikh jangkaan, September ini. Luahkan komen anda mengenai produk Apple di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina | OnLeaks

Exit mobile version