Site icon TechNave BM

iPhone 9 mungkin akan diumumkan pada bulan Mac

Menurut maklumat daripada sebuah laman web Jerman, iPhone-Ticker, Apple akan menganjurkan sebuah acara musim bunga pada hari Selasa, 31 Mac dan di situ jugalah sekuel kepada iPhone SE mungkin akan diumumkan. Telefon itu yang dikhabarkan membawa nama iPhone 9 kemudian akan mula dijual pada hari Jumaat, 3 April.

Walaupun ini cuma spekulasi, tarikh itu agak munasabah kerana acara musim bunga Apple pada dua tahun lepas telah dianjurkan pada minggu terakhir bulan Mac. Masih tiada butiran lanjut mengenai spesifikasi telefon pintar tersebut, selain dilengkapi skrin 4.7 inci dan cipset A13 Bionic.

Di samping iPhone 9, Apple juga dijangkakan akan melancarkan beberapa produk baru seperti iPad Pro baru yang dilengkapi tiga kamera seperti iPhone 11 dan MacBook baru dengan mekanisme papan kekunci scissor switch.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli telefon Apple yang mampu milik dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNET

Exit mobile version