Site icon TechNave BM

iPhone 9, peranti Apple mampu milik bakal hadir pada 15 April ini

Terkini, sebuah laman akaun Twitter yang dipercayai mempunyai hubungan dengan syarikat Apple telah memuat naik sebuah perkongsian. Perkongsian tersebut melaporkan maklumat mengenai iPhone 9 yang bakal diumumkan pada 15 April ini!

Akaun Twitter yang sama ini terdahulu turut menyatakan bahawa iPhone bakal dikeluarkan mungkin pada bulan April memandangkan Apple mempertimbangkan tentang pematuhan rakan kongsi dan tekanan ekonomi.

Melalui perkongsian terkininya, tarikh penghantaran iPhone 9 dijangka pada 22 April. Apa pun, tarikh jangkaan ini mungkin berubah berikutan keadaan penularan COVID-19 semasa. Untuk melihat berita spesifikasi tidak rasmi yang lepas, anda boleh klik pada pautan ini.

Adakah anda sedang menanti iPhone 9? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: @jon_prosser

Exit mobile version