Site icon TechNave BM

iPhone Air dilancar: iPhone ternipis dalam sejarah, senipis 5.6mm bermula RM4,999

Selain melancarkan iPhone 17 pada hari ini, Apple turut mencatatkan sejarah baharu apabila mereka memperkenalkan varian iPhone terbaru iaitu iPhone Air. Ia merupakan iPhone ternipis dalam sejarah Apple, dengan kenipisan 5.6mm sahaja.

Walaupun dengan rekaan nipis, ia masih mempunyai skrin 6.5 inci yang menyokong kadar segar semula ProMotion 120Hz untuk pengalaman visual yang lancar, serta kecerahan puncak sehingga 3,000 nits untuk memudahkan tontonan skrin di bawah cahaya matahari terik.

Skrin ini juga dibuat daripada kaca Ceramic Shield 2 yang menawarkan ketahanan retak lebih tinggi sebanyak tiga kali ganda berbanding Ceramic Shield asal. Selain skrin, bahagian belakang iPhone Air juga mempunyai Ceramic Shield 2, menjadikannya iPhone pertama yang dilengkapi Ceramic Shield 2 pada bahagian depan dan belakang.

Badannya pula dibuat daripada titanium untuk menawarkan ketahanan yang tinggi walaupun dengan rekaan nipis. Ia menggunakan sekitar 80% titanium kitar semula.

Walaupun dengan rekaan nipis, ia mempunyai cip sama yang terdapat pada siri iPhone 17 Pro iaitu cip A19 Pro. Ia mempunyai CPU enam teras (2 teras prestasi, 4 teras kecekapan) dan GPU lima teras dengan Neural Engine pada setiap teras GPU untuk tingkatkan prestasi grafik.

Ia turut dilengkapi cip N1 yang menyokong hubungan wayarles Wi-Fi 7, Bluetooth 6 dan Thread, bagi meningkatkan prestasi Personal Hotspot dan AirDrop. Ia turut mempunyai cip modem C1X yang lebih laju berbanding C1 pada iPhone 16e.

Untuk kamera, ia mempunyai kamera utama 48MP Fusion Camera System yang turut menyokong zum telefoto 2x dan penstabilan sensor-shift. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 18MP yang menyokong fungsi Center Stage supaya anda boleh dapatkan komposisi gambar lanskap walaupun anda memegang telefon secara menegak.

Ia juga mempunyai fungsi Dual Capture Video untuk merakam menggunakan kamera belakang dan hadapan serentak.

iPhone Air tidak mempunyai ruang kad SIM, sebaliknya ia menggunakan eSIM sahaja. Untuk bateri, ia masih mempunyai bateri dalaman namun Apple mengatakan ia boleh dipautkan kepada sebuah power bank MagSafe secara magnetik untuk dapatkan hayat bateri sehingga 40 jam.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk iPhone Air:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iPhone Air dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple

Exit mobile version