Site icon TechNave BM

iPhone boleh digunakan sehingga 6 tahun, 2 kali ganda lebih lama dari Android

Di dalam pasaran telefon pintar, terdapat dua jenis aliran iaitu Android dan iOS pada iPhone. Walaupun dari segi sistem, iOS mempunyai banyak had dan batasan berbanding Android, namun jangka hayat penggunaan iPhone sering menjadi bualan ramai.

Baru-baru ini, laman web statistik Statista telah menerbitkan jadual statistik untuk tempoh sokongan iOS pada iPhone. Apple dilihat memberi sokongan sistem iOS pada iPhone sehingga 6 tahun. Ini bermakna iPhone sebenarnya boleh digunakan sehingga 6 tahun sehingga tidak lagi mendapat sokongan kemas kini atau sistem.

Menurut jadual statistik, anda boleh melihat Apple telah menyokong generasi iPhone terdahulu seperti iPhone 4s, iPhone 5, iPhone 6/6 Plus dan iPhone 7/7 Plus sehingga 6 tahun. Sokongan kemas kini sistem adalah penting untuk memastikan ianya relevan untuk digunakan selari dengan perkembangan teknologi.

Jika anda peka dengan industri telefon pintar, peranti Android biasanya hanya disokong oleh kemas kini sistem selama dua hingga tiga tahun. Ini bermakna, iPhone boleh digunakan lebih lama dari Android, kira-kira dua kali ganda lebih tahan lama dari segi sokongan kemas kini.

Apa pun, kami pasti pengguna Android dapat menikmati pengalaman tertentu yang tiada pada iPhone. Begitu juga sebaliknya untuk pengguna iPhone.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Statista

Exit mobile version