Site icon TechNave BM

iPhone ditemui masih berfungsi walaupun tenggelam di dasar sungai selama 10 bulan

Dari semasa ke semasa, kita telah mendengar dan membaca cerita tentang bagaimana sesetengah peranti iPhone terselamat daripada kecelakaan. Daripada terjatuh dari kapal terbang hingga tenggelam ke dasar tasik, terdapat kisah baharu bagaimana sebuah iPhone masih boleh berfungsi selepas tenggelam di dasar sungai.

Menurut sumber, iPhone seorang lelaki dari UK terjatuh secara tidak sengaja ke dalam sungai. Sepuluh bulan kemudian, Miguel Pacheco telah menemui iPhone tersebut. Selepas menemuinya, dia mengeringkan iPhone tersebut dengan pemampat udara dan membiarkannya untuk kering.

Tanpa diduga, iPhone tersebut hidup semula selepas pengecas dipasang. Ia juga menunjukkan kertas dinding (wallpaper) pasangan itu dan tarikh ia terjatuh iaitu pada 13 Ogos 2021. Lelaki itu menyiarkan gambar itu di media sosial dan berharap dapat mencari pemiliknya. Akhirnya, usaha itu berjaya dan beliau menemui tuan kepada iPhone tersebut.

Lihat dari luaran kelihatan peranti ini seperti iPhone X atau iPhone XS berdasarkan reka bentuk takuk dan dwi kamera belakang. Bagi mereka yang tidak tahu, kedua-dua model iPhone ini menampilkan penarafan rintangan air dan habuk IP68 yang boleh bertahan sehingga 30 minit di dalam air (sehingga 1.5m).

Kami tidak pasti sedalam mana sungai itu tetapi yang pasti menakjubkan bahawa ia masih boleh digunakan selepas ditenggelami air selama 10 bulan. Anda kagum dengan berita ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version