Site icon TechNave BM

iPhone generasi pertama dijual secara lelong pada harga ~RM156,992

iPhone yang dibangunkan untuk pengeluaran awal dan masih belum dibuka kotaknya telah dijual pada harga $35,000 (~RM156,992) secara lelong baru-baru ini.

Berdasarkan reka bentuk kotak, ‌iPhone‌ ini adalah antara kumpulan terawal dalam barisan ‌iPhone‌ asal yang dijual dalam beberapa bulan pertama selepas ‌iPhone‌ dilancarkan pada Jun 2007. 

Skrin utama peranti tidak menyertakan ikon iTunes Store kerana pada mulanya ia tidak disertakan pada ‌iPhone‌ dan tidak ditambah sehingga beberapa bulan kemudian dengan keluaran ‌iPhone‌ OS 1.1 pada September 2007. Reka bentuk kotak ‌iPhone‌ kemudiannya dikemas kini untuk menambah ikon.

Penyenaraian tersebut tidak menunjukkan sebarang butiran peranti tetapi memandangkan ia masih dibungkus dengan baik maka ia mestilah dalam keadaan serba baharu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version