Site icon TechNave BM

iPhone mempunyai nilai jual semula yang lebih tinggi sehingga dua kali ganda berbanding Android

Menurut laman web Bank My Cell yang menjejak penurunan nilai telefon pintar, mereka mendapati iPhone merupakan telefon pintar yang mempunyai penurunan nilai yang paling sedikit. Untuk telefon Android pula, nilainya merosot hampir dua kali ganda berbanding iPhone dalam dua tahun pemilikan pertama.

Dalam laporan 2020-2021 Phone Depreciation Report, Bank My Cell telah menyenaraikan 310 telefon pintar popular dalam membandingkan penurunan nilai mereka. Penurunan nilai untuk iPhone adalah sebanyak 16.7% untuk tahun pertama, kemudian 35.47% pada tahun kedua. Jika dibandingkan dengan telefon Android, nilainya jatuh sebanyak 33.21% pada tahun pertama, diikuti dengan 61.50% pada tahun kedua.

Corak penurunan tersebut kekal konsisten walaupun selepas empat tahun, di mana nilai iPhone turun sebanyak 66.43% dan Android pula turun 81.11%. Daripada segi jenama pula, telefon Apple mengalami penurunan nilai yang paling sedikit, diikuti dengan LG, Nokia, Samsung, BlackBerry, Google, Sony, Motorola dan HTC.

Telefon bajet Android mengalamai penurunan nilai yang paling ketara, dengan penurunan nilai sebanyak 52.61% pada tahun pertama dan 94.90% pada tahun keempat.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bank My Cell

Exit mobile version