Site icon TechNave BM

iPhone mesra dompet, iPhone 9 atau iPhone SE 2 mungkin dilancarkan pada Mac ini

Masihkah anda ingat pada iPhone SE dengan harga yang agak berpatutan? Berita ini merupakan berita gembira buat pengguna iPhone SE kerana anda kini boleh merancang untuk menaik taraf peranti anda tanpa menggunakan duit yang banyak.

Terkini, sumber melaporkan Apple sedang menghasilkan satu lagi peranti mampu milik. Kami menjangkakan ia adalah iPhone SE 2 atau iPhone 9. Peranti ini mungkin akan dilancarkan pada bulan Mac, tetapi anda perlu menjangkakan perubahan tarikh berikutan penularan wabak Covid-19.

Kami percaya masih ada pengguna teknologi yang gemar akan skrin bersaiz kecil. Berkemungkinan peranti Apple mampu milik ini bakal hadir dengan skrin LCD 4.7 inci dan cip A13 Bionic.

Sama-sama kita tunggu berita mengenai hal ini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda berhasrat unutk mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: cnet | @OnLeaks

Exit mobile version