Site icon TechNave BM

iPhone mesra poket, iPhone SE 2021 mungkin hadir April ini, sokongan 5G dan A14 Bionic

Sebelum ini, Apple telah mengeluarkan iPhone SE generasi kedua (tahun 2020) untuk pasaran iPhone yang lebih rendah harganya. SUmber kini melaporkan bahawa Apple mungkin akan melancarkan iPhone SE (2021) baharu pada bulan April ini.

Selain berita mengenai Apple Car dan iPhone 13, Apple kini bukan sahaja dilapor mungkin melancarkan iPhone SE (2021), tetapi juga AirPods Pro 2 seawal bulan April ini. Walaupun masih tiada spesifikasi yang dimaklumkan untuk iPhone SE terbaru, namun terdapat beberapa jangkaan dari sumber terdahulu.

Menurut berita lepas, iPhone SE yang baharu mungkin hadir dengan skrin lebih besar di antara 5.5 inci hingga 6.1 inci. Ia dijangka hadir di pasaran dengan tanda harga 3500 Yuan (~RM2,184). Jika ia dilancarkan sebelum kemunculan cipset A15 Bionic, iPhone SE (2021) pasti bakal dilengkapi A14 Bionic dan sokongan 5G.

Apa pun, kesemua maklumat ini hanyalah ura-ura awal. Kita mungkin boleh menanti berita yang lebih jelas pada hari-hari seterusnya. Komen pandangan anda mengenai peranti ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version