Site icon TechNave BM

iPhone SE 4 mungkin tampilkan paparan LCD 6.1″ dengan takuk kamera swafoto

Penganalisis Ross Young berkata bahawa Apple merancang untuk mengeluarkan model iPhone SE baharu pada 2024 dengan paparan LCD 5.7 hingga 6.1 inci dan takuk (notch) menempatkan kamera swafoto.

Maklumat ini mungkin menandakan Apple sedang menerokai Dynamic Island pada ‌iPhone SE‌ generasi keempat untuk keluaran tahun 2024. Ini menujukkan kesemua keluaran iPhone pada masa itu dijangka hadir dengan Dynamic Island.

Takuk (notch) yang dibawa iPhone SE generasi keempat mungkin mengandungi susunan kamera TrueDepth seperti model iPhone lain untuk memudahkan Face ID. Khabar angin lain pula mengatakan bahawa ‌iPhone SE‌ tidak akan hadir dengan ‌Face ID‌, sebaliknya kekal dengan Touch ID seperti model sebelumnya untuk mengurangkan kos.

Pada bahagian skrin, tiada lagi ruang untuk butang Laman Utama ‌(Home) Touch ID‌ di bawah bezel peranti. MyDrivers dan penganalisis Apple Ming-Chi Kuo pula mendakwa bahawa Apple merancang untuk menambah butang ‌Touch ID‌ Side pada ‌iPhone SE‌ sama seperti iPad Air dan iPad mini.

Saiz takuk (notch) ‌iPhone SE‌ generasi keempat masih belum diketahui tetapi ia mungkin lebih kecil berbanding ‌iPhone‌ XR jika ia menampilkan ‌Touch ID‌ dan bukan Face ID. MyDrivers dan Jon Prosser percaya bahawa ‌iPhone SE‌ akan beralih kepada reka bentuk seperti ‌iPhone‌ XR tanpa butang Laman Utama (Home)

Tuntutan terbaharu Young nampaknya menyokong laporan lain dan membantu mengukuhkan imej yang lebih jelas mengenai reka bentuk ‌iPhone SE‌ generasi akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version