Site icon TechNave BM

iPhone SE generasi ketiga dilancar: Miliki RAM 4GB dan pra-tempah pada 11 Mac ini

Minggu ini, Apple telah melancarkan iPhone SE generasi ketiga dengan cip A15, sokongan 5G, hayat bateri yang lebih lama, peningkatan kamera dan reka bentuk yang tahan lama. iPhone SE kali ini turut membawa RAM yang lebih besar.

Menurut MacRumors, iPhone SE generasi ketiga mempunyai RAM 4GB dan bukanlah 3GB seperti model sebelumnya. Maklumat ini diperoleh daripada rentetan dalam calon keluaran Xcode 13.3 dalam acara “Peek Performance” pada hari Selasa lepas. Rentetan Xcode yang sama telah mendedahkan jumlah RAM pada beberapa generasi iPhone dan iPad di mana iPad mini generasi keenam mempunyai peningkatan RAM 4GB.

Aplikasi penyuntingan foto dan video boleh memanfaatkan jumlah RAM ini untuk menyimpan lebih banyak memori. RAM tambahan juga memberikan lebih banyak aplikasi dan halaman dimuatkan dalam Safari kekal aktif di latar belakang.

iPhone SE baharu akan tersedia untuk pra-tempah bermula jam 5 pagi waktu Pasifik (9 malam, waktu Malaysia) pada hari Jumaat, 11 Mac di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Jepun, United Kingdom dan lebih daripada 30 yang lain negara. 

Penghantaran produk kepada pelanggan dan ketersediaan dalam pasaran akan bermula pada hari Jumaat, 18 Mac. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version