Site icon TechNave BM

iPhone SE mungkin tidak akan dihasilkan lagi

Buat mereka yang inginkan iPhone pada harga murah, iPhone SE merupakan pilihan sesuai kerana ia menampilkan semua fungsi asas yang diperlukan dalam sebuah telefon dan dijual pada harga yang jauh lebih mampu milik berbanding iPhone standard. iPhone SE terbaru setakat ini ialah model yang dilancar pada Mac 2022 lalu, di mana ia dilengkapi cip A15 Bionic dan skrin 4.7 inci dengan resolusi HD+.

Sungguh pun begitu, Apple mungkin tidak akan melancarkan lagi model iPhone SE yang baharu pada masa hadapan. Menurut penganalisa teknologi Ming-Chi Kuo, Apple telah membatalkan sebarang perancangan untuk pengilangan iPhone SE pada 2024 dengan rakan-rakan kongsi dalam rantaian bekalan iPhone.

Pada asalnya, Apple merancang untuk melengkapkan iPhone SE dengan cip baseband baharu yang dibina oleh mereka sendiri pada 2024, bagi menilai kesesuaian cip itu dalam iPhone 16. Sungguh pun begitu, dengan pembatalan iPhone SE, Qualcomm mungkin akan terus membekalkan cip baseband kepada Apple.

Cip baseband merupakan komponen dalam sebuah telefon yang mengawal semua fungsi radio yang memerlukan antena. Qualcomm dijangka bakal terus menjadi pembekal cip baseband untuk telefon premium pada 2023 dan 2024.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Ming Chi-Kuo Medium

Exit mobile version