Site icon TechNave BM

iPhone SE Plus (2021) mungkin seperti iPhone XR! Ada Touch ID, harga lebih mahal

Ura-ura mengenai kemunculan iPhone SE Plus, iPhone SE (2021) atau apa sahaja nama yang merujuk kepada peranti sama sebenarnya sudah muncul sejak tahun 2020. Namun, kami masih ketiadaan maklumat rasmi mengenainya. Terdapat sumber kini mendedahkan beberapa maklumat mengenainya.

Menurut sumber, iPhone SE generasi terbaru pada tahun ini bakal hadir dengan cipset A14 Bionic, Touch ID dan ketiadaan Face ID. Peranti ini dikatakan mungkin hadir dengan binaan badan seiras iPhone XR dan skrin berukuran 6.1 inci. Harganya pula dijangka meningkat sebanyak $100 (~RM404) berbanding iPhone SE (2020).

Untuk pengetahuan anda, iPhone SE generasi tahun 2021 mungkin hadir pada bulan Mei 2021. Apa pun, kesemua maklumat ini hanyalah jangkaan dari sumber yang tidak rasmi.

Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Yahoo News

Exit mobile version