Site icon TechNave BM

iPhone seterusnya mungkin dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 240Hz

Trend spesifikasi skrin dengan kadar segar semula tinggi pada telefon pintar bermula seiring dengan kehadiran game mudah alih yang mendambakan spesifikasi skrin yang baik untuk pengalaman yang lebih baik. Berita baik untuk peminat Apple, iPhone generasi yang seterusnya mungkin bakal dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 240Hz.

Menurut sumber, Apple telah mempatenkan skrin iPhone dengan kadar segar semula yang boleh digandakan. Bukan sekadar digandakan kepada dua kali, tetapi sehingga empat kali lebih tinggi. Contohnya kadar segar semula biasa 60Hz boleh digandakan sehingga 240Hz secara automatik. Paten ini telah diterbitkan oleh U.S. Patent and Trademark Office.

Setakat ini, kehadiran iPhone di pasaran masih lagi tidak mencecah standard kadar segar semula untuk kebanyakan telefon andalan iaitu 120Hz. iPhone 13 dilapor bakal hadir dengan skrin OLED ProMotion 120Hz, namun kesahihannya masih belum pasti.

Dokumen paten penuh di sini

Jika bena paten skrin dengan kadar segar semula automatik ini boleh digandakan, pengguna boleh merasai pengalaman gaming yang baik dan menjimatkan bateri apabila menukar fungsi dari gaming ke penggunaan biasa memandangkan kadar segar semula akan bertukar secara automatik bergantung kepada penggunaan.

Apa pun, paten tidak semestinya akan dikeluarkan menjadi produk di pasaran. Setakat ini, antara peranti yang popular dengan kadar segar semula tinggi 144Hz adalah ASUS ROG Phone 3, Nubia Red Magic 5S dan Lenovo Legion Phone Duel.

Apakah pendapat anda sekiranya skrin iPhone mencecah 240Hz? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Gambar dari EverythingApplePro

Exit mobile version