Site icon TechNave BM

iPhone terjatuh di dalam tasik, dijumpai semula setahun kemudian dalam keadaan berfungsi

Dari semasa ke semasa, sentiasa ada berita tentang iPhone yang terselamat daripada pelbagai bentuk tragedi seperti terjatuh dari langit atau tenggelam di dalam air. Baru-baru ini, seorang lelaki Taiwan menjumpai semula telefonnya di dasar tasik selepas setahun akibat terjatuh.

Berita itu disiarkan di halaman berita komuniti Facebook tahun lalu yang mana warga Taiwan itu sedang melakukan aktiviti berkayak di tengah-tengah tapak pelancongan popular iaitu Tasik Sun Moon dan membawa iPhone 11 Pro Max miliknya di dalam sarung kalis air yang digantung di lehernya. Malangnya, tali itu putus dan iPhonenya terjatuh ke dalam tasik.

Setahun kemudian, warga Taiwan itu mendapat panggilan mengejut daripada kedai menjual barangan meluncur air yang beroperasi berhampiran tasik itu. Khairannya, kakitangan itu menemui iPhone 11 Pro Maxnya yang diletakkan di dalam sarung kalis air.

Selain itu, iPhonenya masih dalam keadaan berfungsi dengan baik walaupun berada di bawah air selama lebih setahun dengan menggunakan sarung kalis air. Menurut sumber, Tasik Sun Moon mengalami kemarau hebat dan tasik tersebut telah kering. Oleh hal yang demikian, kakitangan itu dengan mudah menemui iPhone tersebut di atas tanah.

Laporan mengatakan bahawa paras air telah menurun kira-kira 12 meter. Jika bukan kerana kemarau di tasik, iPhone 11 Pro Max tersebut mungkin tidak akan ditemui dengan mudah. Dikatakan bahawa ia adalah kemarau yang paling teruk dalam tempoh 56 tahun.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mashable

Exit mobile version