Site icon TechNave BM

iPhone X pertama di dunia dengan port USB-C dijual pada ~RM360K

Minggu lalu, iPhone X yang diubah suai dengan port USB-C telah disenaraikan di eBay sebagai iPhone USB-C pertama di dunia.  Setelah beberapa hari membuat pembidaan sengit, USB-C ‌iPhone‌ telah dijual pada harga $86,001 (~RM360,215).

‌iPhone‌ yang dijual itu telah diubah suai oleh Ken Pillonel yang merupakan seorang pelajar robotik. Pada 1 November lepas, Ken berkongsi video dan menerangkan cara dia melakukannya. Ia telah mendapat lebih 600,000 tontonan dan telah dibincangkan secara meluas di seluruh media sosial. 

Ia disenaraikan dalam laman web eBay selama 10 hari dengan sejumlah 116 bidaan dan 6 penarikan balik bidaan. Satu bidaan awal minggu ini mendahului $99,000 (~RM414,661). Daripada iPad ke Mac, Apple menggunakan port USB-C untuk mengecas bateri, memindahkan data dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, syarikat tidak bercadang bahawa untuk mengubah port lightning dalam masa terdekat. 

‌iPhone‌ X model 64GB ini akan dimenangi pembida dalam kotak asalnya tetapi tanpa sebarang aksesori. Sebagai bonus, pemenang juga akan mendapat panggilan telefon selama 30 minit bersama Ken Pillonel sekiranya mereka mempunyai sebarang soalan tentang bagaimana USB-C ‌iPhone‌ pertama di dunia dilahirkan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: MacRumors

Exit mobile version