Site icon TechNave BM

iQOO 11 5G bakal dilancar di Malaysia pada 2 Disember ini, tampilkan 5 varian

iQOO Malaysia telah mengesahkan bahawa iQOO 11 5G akan tiba ke pasaran Malaysia. Siri ini telah dijadualkan untuk dilancarkan di China pada 2 Disember terlebih dahulu. Kini, kami telah mendapat beberapa maklumat rasmi mengenai paparan tersebut mengenai varian standard.

Menurut panda is bald dari Weibo, iQOO 11 standard akan merangkumi lima konfigurasi storan iaitu 8/128GB, 8/256GB, 12/256GB, 12/512GB dan 16/512GB. Pemberi maklumat juga mendedahkan bahawa semua varian akan menggunakan storan UFS 4.0 kecuali pilihan 128GB manakala RAM menggunakan LPDDR5X.

Laporan turut mendedahkan beberapa maklumat mengenai kamera peranti mengatakan bahawa iQOO 11 akan mempunyai kamera utama 50MP, lensa ultra lebar OmniVision OV8B 8MP dan kamera potret 12 atau 13MP. Ini bercanggah dengan pendedahan sebelum ini yang mencadangkan kamera utama 50MP, ultra lebar 13MP dan makro 8MP. 

Sebelum ini, laporan turut mencadangkan bahawa bahagian hadapan akan menggunakan kamera hadapan 16MP bersama bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W. Ia akan tiba dalam warna seperti Edisi Isle of Man (hitam) dan Edisi Trek (putih dengan jalur tiga warna BMW).

Anda boleh mennonto siaran langsung pelancaran siri iQOO 11 di Facebook rasmi iQOO Malaysia pada 2 Disember ini, 8.30 malam. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version