Site icon TechNave BM

iQOO 11 5G bakal dilancar di Malaysia pada 8 Disember ini

Walaupun siri iQOO 11 ditangguhkan di China, namun kita telah menerima maklumat rasmi daripada iQOO tentang pelancarannya untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. iQOO 11 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Disember 2022 dan terdapat strim langsung di halaman Facebook rasmi iQOO Malaysia pada pukul 8 malam.

Daripada segi spesifikasi, iQOO 11 5G akan menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2 baharu yang akan menjadikannya telefon pertama dengan cipset tersebut di Malaysia. Selain itu, telefon ini juga akan mempunyai paparan 2K E6 AMOLED dengan kadar penyegaran 144Hz dan bateri 5,000mAh dengan teknologi FlashCharge 120W.

Sempena acara pelancarannya, rakyat Malaysia dan peminat iQOO berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM30,000 melalui kotak misteri iQOO. Hadiah termasuk iQOO 11 5G, cincin kunci kulit iQOO eksklusif dan e-baucar RM100 apabila anda membeli kotak misteri iQOO pada laman web dengan harga RM100.

Promosi ini telah pun bermula sehingga 8 Disember 2022. iQOO 11 5G tersedia untuk eksklusif dalam talian sahaja, oleh itu nantikan iQOO Malaysia Lazada dan Shopee. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version