Site icon TechNave BM

iQOO 11 5G memecahkan banyak rekod selepas seminggu dilancarkan di Malaysia

Ketibaan iQOO 11 5G telah memecahkan banyak rekod selepas seminggu dilancarkan di Malaysia. iQOO Malaysia berterima kasih dengan sokongan daripada peminat untuk semua pencapaian hebat ini.

iQOO 11 5G berjaya menduduki tempat pertama di semua platform dalam talian termasuk Shopee dan Lazada untuk kategori harga Android dari RM3,000-RM4,000. Selain itu, ia juga mencatat rekod baharu GMV untuk produk pelancaran baharu di vivo e-store sambil menduduki tempat teratas dalam senarai.

iQOO 11 5G terkenal sebagai telefon pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 yang terkini. Tambahan pula, iQOO 11 5G juga mendapat banyak komen positif di Internet.

Ini diikuti dengan skor AnTuTu yang merupakan penanda dalam menentukan prestasi peranti menunjukkan bahawa iQOO 11 5G mendapat markah tertinggi sebanyak 1,323,820 berbanding jenama dan model telefon lain. Ini menunjukkan bahawa iQOO 11 5G menawarkan prestasi yang begitu baik dan lancar.

Anda boleh membeli iQOO 11 5G melalui kedai rasmi dalam talian di Lazada, Shopee dan vivo e-store. Untuk maklumat lanjut tentang iQOO, ikuti halaman Facebook iQOO Malaysia untuk lebih banyak maklumat terkini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version