Site icon TechNave BM

iQOO 11 5G Valentine’s Day Gift Box berharga RM3,699 sehingga 16 Februari 2023

Seminggu lagi untuk menantikan Hari Kekasih, iQOO 11 5G akan melancarkan Valentine’s Day Gift Box edisi terhad hanya di Malaysia.

Di dalam kotak hadiah tersebut, terdapat iQOO 11 5G, kotak hadiah itu juga mengandungi sarung jari untuk gaming dan iQOO Cooling Backclip Pro. Ia kelihatan lebih sesuai untuk lelaki kerana kotak hadiah berwarna kelabu digandingkan dengan pelbagai IKON gaming dan ditambah dengan perkataan ‘i LOVE Q’. 

iQOO 11 5G yang pertama kali dilancarkan di Malaysia telah habis dijual dalam masa yang singkat. iQOO 11 5G merupakan telefon pintar pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2. Ia direka untuk mengurangkan haba dan mengurangkan kekerapan semasa penggunaan sengit.

iQOO Valentine’s Day Gift Box boleh didapati mulai 6 hingga 16 Februari 2023 pada harga RM3,699. Anda boleh dapatkannya di Pavilion Concept Store atau kedai dalam talian rasmi iQOO iaitu E-store, Lazada dan Shopee.

Ketahui lebih lanjut mengenai peranti iQOO di laman web rasminya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version