Site icon TechNave BM

iQOO 12 5G akan dijual pada harga diskaun sehingga 18 Disember 2023

iQOO Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar andalannya yang terbaru, iQOO 12 5G, pada minggu lalu dan mereka bakal menawarkan diskaun khas untuk telefon tersebut sempena kempen jualan 12.12.

Bermula 12 hingga 18 Disember 2023, iQOO 12 5G (16GB+512GB) akan dijual pada harga RM3,349 sahaja, iaitu lebih rendah sebanyak RM50 daripada harga pasarannya RM3,399. Jika anda berminat untuk memiliki telefon terpantas pada waktu ini yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, ini adalah tawaran yang sangat menarik.

Selain itu, pelanggan yang membeli iQOO 12 5G sewaktu promosi ini akan turut menerima hadiah tambahan bernilai RM400, seperti lanjutan jaminan selama setahun dan perlindungan skrin retak selama setahun.

Untuk maklumat lengkap mengenai iQOO 12 5G, anda boleh baca artikel pelancarannya. Ia merupakan telefon pertama yang dijual dalam Malaysia yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, malah harganya juga boleh dianggap agak berpatutan untuk telefon kelas ini.

Promosi ini boleh didapati dalam laman web vivo E-store, Lazada, Shopee dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi iQOO 12 5G ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version