Site icon TechNave BM

iQOO 12 tampilkan paparan 1.5K OLED dengan kadar penyegaran 144Hz, padu untuk “gaming”!

iQOO sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan siri telefon pintar terbaharunya, iQOO 12 yang akan dilancarkan pada 7 November di China. Kini, iQOO secara rasmi mengacah bahawa iQOO 12 akan dilengkapi dengan paparan LTPO 1.5K 144Hz dan menawarkan kecerahan puncak tertinggi yang pernah ada dalam peranti iQOO pada 3000 nits.

Menariknya, iQOO 12 Pro akan dilengkapi skrin deria penuh 2K E7 144Hz pertama dalam industri yang menawarkan definisi tinggi, kecerahan tinggi, kadar penyegaran tinggi dan kependaman rendah di samping pengurangan cahaya biru serta penggunaan kuasa.

Siri iQOO 12 akan dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 3 yang dibina pada proses 4nm TSMC. Pemproses ini mempunyai teras super Cortex-X4 ditambah dengan GPU Adreno 750. iQOO juga baru-baru ini mengacah sampel kamera untuk kedua-dua varian standard dan Pro.

Siri ini juga dijangka menampilkan teknologi audio yang canggih, sistem pelesapan haba empat zon, Android 14 berasaskan Origin OS 4 dan penarafan IP68 untuk rintangan air dan habuk. Varian global iQOO 12 telah dikesan di GeekBench yang memberikan bayangan bahawa ia akan dilancarkan untuk pasaran antarabangsa.

Ia menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 3, RAM sehingga 12GB dan menjalankan FuntouchOS 14 berdasarkan Android 14. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version