Jenama telefon pintar gaming iQOO mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru, iQOO 13, untuk pasaran Malaysia pada bulan Disember ini, namun tarikh spesifiknya masih belum diumumkan.
Tidak banyak maklumat yang dikongsi oleh iQOO mengenai peranti ini. Beberapa maklumat yang sah untuknya termasuklah skrin dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 144Hz, serta dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang menawarkan prestasi gaming terpantas untuk telefon pintar Android.
Selain iQOO, ASUS juga akan melancarkan telefon gaming baharu pada bulan yang sama iaitu ROG Phone 9. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO 13 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

