iQOO 15 dijangka dilancarkan di China bulan depan dengan pelancaran global sebelum hujung tahun. iQOO telah mengesahkan bahawa peranti ini akan dikuasakan oleh cipset terbaru Qualcomm, Snapdragon 8 Elite Gen 5 untuk meneruskan tradisi penggunaan pemproses berprestasi tinggi dalam siri andalan mereka.
Model iQOO 15 untuk pasaran India juga akan menggunakan cipset yang sama, sekali gus menamatkan spekulasi tentang perbezaan prestasi mengikut pasaran. Selain cipset berkuasa tinggi itu, iQOO 15 turut akan hadir dengan sistem operasi OriginOS 6 untuk pasaran global, menggantikan Funtouch OS yang biasanya digunakan di luar China.
Telefon pintar ini bakal menampilkan skrin QHD 6.85 inci dengan kadar segar semula 144Hz, cip gaming Q3, kamera telefoto periskop dan penutup belakang yang boleh berubah warna. Dengan spesifikasi kelas tinggi dan fokus kepada prestasi permainan, iQOO 15 dilihat sebagai pesaing kuat dalam pasaran andalan dan tarikh pelancarannya dijangka diumumkan tidak lama lagi.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

