iQOO 15 dijangka dilancarkan bulan ini dengan beberapa peningkatan menarik yang telah disahkan pihak jenama. Antara ciri utama adalah pengecasan wayarles, sesuatu yang pertama kali hadir dalam siri ini selepas sekian lama menjadi khabar angin.
Telefon ini juga hadir dengan penarafan IP68 dan IP69 untuk ketahanan habuk dan air, serta sensor cap jari ultrasonik generasi baharu yang lebih pantas berbanding versi terdahulu pada iQOO 13. Daripada segi prestasi, iQOO 15 dikuasakan cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 terbaru daripada Qualcomm.
Ia menampilkan paparan AMOLED QHD 6.85 inci buatan Samsung dengan kadar segar semula 144Hz dan tahap kecerahan puncak 2,600 nit untuk visual yang lebih jelas dan terang. Selain itu, port USB-C menyokong USB 3.2 bagi kelajuan pemindahan data lebih baik. Menurut laporan dari China, pelancaran rasmi dijangka berlangsung pada 15 Oktober ini, selari dengan namanya.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Weibo

