iQOO memperkenalkan iQOO 15R sebagai model “R” pertama dalam siri nombornya dan menyasarkan pengguna yang mahukan telefon kompak dengan prestasi mercu dan bateri besar. Ia dilengkapi paparan AMOLED 6.59 inci 144Hz dengan resolusi 2,750 x 1,260 piksel, kecerahan puncak 5,000 nits dan perlindungan Schott Xensation Alpha.
15R dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 5 bersama sehingga RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 4.1 sehingga 512GB serta menjalankan Android 16 berasaskan OriginOS 6 dengan sokongan empat tahun kemas kini OS dan enam tahun keselamatan. Baterinya pula berkapasiti 7,600mAh dengan sokongan pengecasan 100W, ciri bypass dan pengecasan wayar berbalik.
Sistem kamera terdiri daripada sensor utama 50MP Sony LYT-700V, ultra lebar 8MP dan kamera hadapan 32MP. Ciri lain termasuk cip Q2 Supercomputing, sistem penyejukan 6.5K IceCore VC, sokongan gaming sehingga 144FPS, pengimbas cap jari ultrasonik dalam paparan, NFC, pembesar suara stereo, IR blaster serta penarafan IP68 dan IP69.
Model ini ditawarkan dalam warna Dark Knight dan Triumph Silver. 15R hadir dalam tiga varian iaitu 8/256GB pada harga INR44,999 (~RM1,925), 12/256GB pada INR47,999 (~RM2,053) dan 12/512GB pada INR52,999 (~RM2,267).
iQOO mengesahkan bahawa iQOO 15R akan memasuki pasaran Malaysia pada 2 Mac 2026 dengan tempahan dibuka bermula sekarang pada harga serendah RM15 melalui laman rasmi iQOO Malaysia. Bagaimanapun, harga rasmi masih belum diumumkan setakat ini dan pelanggan yang membuat tempahan berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah eksklusif.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

