Site icon TechNave BM

iQOO 3 Pro dengan Snapdragon 865+, cas pantas 80W mungkin hadir dalam waktu terdekat

Oleh kerana cipset Snapdragon 865+ telag diumumkan secara rasminya, anda boleh menjangkakan pelbagai jenama peranti yang bakal dijana cipset ini bermula pada pertengahan kedua tahun 2020. iQOO, sebuah jenama berasaskan vivo bakal melancarkan peranti baharu dengan janaan cipset terbaru tersebut.

Menurut siaran iQOO di laman Weibo, peminat pasaran teknologi di China diminta bersedia pada hari Isnin ini. Terdapat peranti baharu yang mungkin dilancarkan dengan Snapdragon 865+. Peranti baharu ini didakwa oleh warganet sebagai iQOO 3 Pro.

Memandangkan iQOO 3 dan peranti iQOO terdahulu telah hadir dengan kadar segar semula tinggi 144Hz dan pengecasan pantas 55W, mungkinkah iQOO 3 Pro bakal dilengkapi cas pantas 65W, atau seperti yang dispekulasikan iaitu 80W?

Tidak mustahil ianya berlaku kerana peredaran teknologi di pasaran China sememangnya berlaku dengan pantas. Apa pun, iQOO sememangnya bakal mendedahkan peranti baharu. Namun, kesemua jangkaan spesifikasi ini adalah ramalan semata-mata.

Malangnya, kebanyakan peranti iQOO tidak dipasarkan di pasaran Malaysia. Apakah pandangan anda mengenai peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version