Site icon TechNave BM

iQOO 5 dengan pengecasan 120W rekodkan prestasi setanding Galaxy S20 Ultra dan Redmi K30 Pro

vivo iQOO 5 akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu pada Isnin, 17 Ogos jadi kita boleh jangkakan lebih banyak berita tentang peranti ini. Terbaru, telefon ini telah melalui ujian penanda aras (benchmark) Master Lu dan mencatat markah setaraf telefon flagship lain.

iQOO 5 mencatatkan markah keseluruhan sebanyak 480,403 dalam ujian penanda aras tersebut, membuatkannya setaraf dengan telefon-telefon flagship lain yang dilancarkan tahun ini seperti Galaxy S20 Ultra (482,137) dan Redmi K30 Pro (440,564).

Keputusan ujian penanda aras di Master Lu.
Senarai markah telefon dalam ujian penanda aras Master Lu untuk suku pertama 2020.

Apa yang menarik tentang telefon ini ialah ia bakal menjadi telefon pertama daripada jenama itu yang dilengkapi teknologi pengecasan pantas 120W. Selain itu, ia akan didatangkan dengan komponen bertaraf flagship seperti cipset Snapdragon 865, skrin AMOLED 120Hz, RAM LPDDR5 dan storan dalam UFS 3.1.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iQOO 5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Root My Galaxy

Exit mobile version