Site icon TechNave BM

iQOO 7 dilancar: Cas pantas 120W, Snapdragon 888, skrin 120Hz berharga ~RM2,386

iQOO telah melancarkan telefon andalan terbaru di China iaitu iQOO 7 di mana ia dilengkapi cipset Snapdragon 888 dan dijual pada harga bermula CNY3,798 (~RM2,386) untuk varian memori 8GB+128GB dan CNY4,198 (~RM2,638) untuk 12GB+256GB.

Di samping cipset tersebut, iQOO 7 mempunyai skrin FHD+ berukuran 6.62 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz, bateri 4,000mAh, pengecasan pantas 120W serta kamar wap (vapour chamber) untuk pelesapan haba. Daripada segi memori, ia mempunyai RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1.

Untuk kamera pula, telefon ini mempunyai kamera utama 48MP dengan penstabilan imej optikal, kamera ultra-lebar 13MP dan kamera telefoto 13MP manakala kamera swafoto pula adalah kamera 16MP.

iQOO 7 terdapat dalam tiga warna iaitu hitam Blackland, biru Latent Blue dan Legendary Edition dengan jaluran BMW. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechRadar

Exit mobile version