Site icon TechNave BM

iQOO 8 bakal dilancar 17 Ogos ini, sah dilengkapi skrin E5 LTPO beresolusi 2K

Pada acara ChinaJoy beberapa hari lalu, iQOO telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar andalan siri iQOO 8 pada 17 Ogos ini (jam tempatan 7.30pm).

Selain tarikh pelancarannya, iQOO turut memberitahu spesifikasi mengenai skrin peranti tersebut. Skrinnya bersaiz 6.78 inci dan menggunakan paparan E5 LTPO. Ia menyokong warna 10-bit, beresolusi 1440p (atau 2K) dan mempunyai ketumpatan piksel 517 ppi. Disebabkan skrinnya adalah jenis LTPO, ia berkemungkinan besar menyokong kadar segar semula boleh ubah dari 1Hz sehingga 120Hz.

Selain dari itu, siri iQOO 8 dikhabarkan akan menjadi antara telefon terawal yang dikuasai oleh cipset Snapdragon 888 Plus. Ia juga dijangka akan hadir dengan RAM 12GB dan storan 256GB.

Di acara China Joy, telefon pintar iQOO 8 dilihat menggunakan pengecasan pantas 120W (khabar angin menyatakan mungkin menyokong sehingga 160W) dan mempunyai skrin yang melengkung.

Nantikan berita lanjut mengenai siri iQOO 8 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version