Site icon TechNave BM

iQOO 8 Pro bakal hadir dengan kamera utama 50MP bersama penstabilan 5-axis VIS

Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa telefon pintar andalan siri iQOO 8 akan dilancarkan pada 17 Ogos ini. Peranti ini dilihat akan menggunakan skrin OLED LTPO E5 dan cipset Snapdragon 888 Plus. Kini, butiran mengenai kameranya pula telah muncul dalam talian.

iQOO telah memuat naik sebuah poster mengenai kamera iQOO 8 Pro dimana ia menunjukkan modul kamera yang berbentuk petak. Di modul kamera itu terletak kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 48MP dan sebuah lensa telefoto 2.5x.

Mengikut iQOO, kamera utama 50MP ini dilengkapi dengan ciri penstabilan 5-axis VIS, ciri sama yang digunakan pada telefon pintar vivo X60.

Pada masa yang sama, iQOO juga turut mengacah beberapa gambar yang telah diambil oleh peranti ini.

Adakah anda berpuas hati dengan spesifikasi kamera iQOO 8 Pro? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version