Site icon TechNave BM

iQOO 9 akan dilengkapi bateri 4,700mAh dan cas pantas 120W

Siri telefon pintar iQOO 9 akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada 23 Februari 2022 di India, di mana ia akan terdiri daripada iQOO 9, iQOO 9 Pro dan iQOO 9 SE. Dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, iQOO telah mengesahkan beberapa spesifikasi utama untuk siri peranti tersebut.

Siri iQOO 9 akan dilengkapi bateri berkapasiti 4,700mAh dan kadar pengecasan pantas 120W iaitu spesifikasi yang sama dengan iQOO 9 yang dilancar di China pada bulan Januari lalu.

Sebelum ini, iQOO biasanya melancarkan telefon dengan kapasiti lebih rendah untuk pasaran antarabangsa. Sebagai contoh, iQOO 7 dilancar dengan kadar pengecasan pantas 66W untuk pasaran antarabangsa, berbeza dengan 120W untuk pasaran China.

Kapasiti dan kadar pengecasan itu mungkin akan digunakan dalam semua varian iQOO 9. Setakat ini, spesifikasi yang sudah disahkan untuk siri iQOO 9 termasuklah cipset Snapdragon 8 Gen 1, kamera utama 50MP dengan sensor Samsung GN5, pengecasan wayarles 50W, skrin AMOLED E5 beresolusi 2K dan Intelligent Display Chip untuk memainkan game pada kadar 90FPS.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version