Site icon TechNave BM

iQOO 9 bakal dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1

Minggu lepas, Qualcomm secara rasmi mengeluarkan generasi baharu cip utama Snapdragon 8 Gen 1. Nampaknya iQOO 9 akan menjadi salah satu peranti yang menggunakan cipset ini. Terdapat dua model yang akan datang dengan nama model V2171A dan V2172A.

Terdapat maklumat bahawa siri iQOO 9 akan hadir dengan dua model iaitu iQOO 9 dan iQOO 9 Pro di mana versi Pro akan menyokong pengecasan 120W. Telefon pintar siri iQOO 9 mungkin menggunakan kapasiti bateri 4,500mAh dan sistem Android 12 yang telah siap dipasang.

Reka bentuk iQOO 9 akan sama dengan generasi sebelum ini. Ia dilengkapi dengan skrin punch-hole tengah dan rata manakala versi Pro akan mempunyai skrin melengkung.  Secara umumnya, siri ini mungkin akan diteruskan kerana dikenali dengan kualitinya yang tinggi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version