Site icon TechNave BM

iQOO bakal lancarkan iQOO 5 edisi khas yang dibina bersama BMW M Motorsport

Jenama telefon pintar bawah naungan vivo, iQOO, bakal melancarkan telefon pintar iQOO 5 pada 17 Ogos. Pada hari yang sama juga, sebuah edisi khas peranti tersebut turut dilancarkan iaitu iQOO 5 yang dihiasi dengan penjenamaan permotoran BMW M Motorsport.

iQOO 5 edisi BMW akan dihiasi kevlar di bahagian belakang. Selain itu, terdapat juga sebaris teks yang mengatakan “Fascination Meets Innovation” (Kekaguman bertemu inovasi).

Masih tidak pasti jika spesifikasi iQOO 5 edisi khas BMW ini berlainan dengan versi asal. iQOO 5 dilengkapi Snapdragon 865, RAM LPDDR5, skrin AMOLED 120Hz, bateri 4,000mAh, pengecasan pantas 120W dan teknologi penyejukan cecair.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat memiliki telefon edisi khas BMW ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version