Site icon TechNave BM

iQOO bernombor model V2197A bakal dilancar, mungkin miliki LCD 6.51″, RAM 8GB dan bateri 4,910mAh

Telefon pintar iQOO baharu bernombor model V2197A telah diluluskan oleh pensijilan 3C dan TENAA di China. Dengan ini, beberapa spesifikasi utama telefon pintar telah didedahkan. Terdapat kemungkinan bahawa ia akan dilancarkan sebagai telefon iQOO siri-U. Berikut adalah maklumat yang diketahui mengenai telefon bimbit iQOO V2197A.

Telefon pintar iQOO V2197A bersaiz 164 x 75.84 x 8.25mm dan berat sekitar 193 gram. Ia dilengkapi dengan panel LCD 6.51 inci dengan takuk titisan air mata (teardrop notch). Ia menyokong resolusi HD+ 720 x 1600 piksel dan nisbah bidang 20:9.

Ia dikuasakan oleh cipset octa-core 2.2GHz yang masih tidak diketahui, RAM 4GB / 6GB / 8GB dan storan 128GB / 256GB. Ia juga mempunyai slot kad microSD. Peranti ini mempunyai bateri 4,910mAh di mana pensijilan 3C telah mendedahkan bahawa ia mungkin menyokong pengecasan 18W. Perisian yang digunakan masih tidak diketahui sama ada Android 12 OS atau Android 11 OS.

iQOO V2197A mempunyai kamera swafoto 8MP manakala di bahagian belakang terdiri daripada kamera utama 13MP, sensor 2MP dan lampu denyar LED. Untuk keselamatan, ia mempunyai pengimbas cap jari menghadap ke sisi.

Imej dan spesifikasi IQOO V2197A mungkin versi penjenamaan semula vivo Y33s 5G yang menampilkan cipset Dimensity 700. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version