Site icon TechNave BM

iQOO dan OPPO pamerkan pengecasan pantas 120W dan 125W mereka di ChinaJoy

Pada bulan lepas, syarikat telefon pintar seperti iQOO dan OPPO telah menunjukkan teknologi pengecasan pantas 120W dan 125W mereka yang sangat laju. Semalam, mereka mempamerkan kebolehan pengecasan tersebut di acara ChinaJoy 2020.

iQOO adalah syarikat telefon pintar pertama yang memperkenalkan teknologi pengecasan pantas 120W yang dapat mengecas penuh bateri telefon 4,000 mAh dalam hanya 15 minit sahaja, manakala OPPO pula memperkenalkan Super Flash Charger 125W yang dapat mengecas bateri telefon 4,000 mAh dari 0% sehingga 41% dalam masa lima minit sahaja.

iQOO dikhabarkan akan melancarkan telefon flagship mereka dengan kebolehan pengecasan pantas 120W pada bulan Ogos tahun ini. Bagaimana dengan kelajuan pengecasan pantas ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Exit mobile version