Site icon TechNave BM

iQOO lancarkan pengecasan pantas 120W Ultra-Fast, mampu cas bateri 4,000mAh secepat 15 minit

Jenama telefon pintar iQOO pada hari ini mengumumkan teknologi pengecasan pantas 120W Ultra-Fast yang boleh mengecas penuh bateri 4,000mAh secepat 15 minit sahaja.

Sebelum ini, vivo sudah pun memperkenalkan teknologi pengecasan 120W FlashCharge sewaktu Mobile World Congress Shanghai 2019 pada tahun lepas namun ia bukanlah pelancaran secara komersial dan belum lagi diperkenalkan secara besar-besaran. Pengenalan teknologi pengecasan 120W oleh iQOO ini membuatkannya jenama pertama dalam dunia yang memperkenalkan teknologi sedemikian dalam peranti mereka.

Pengurus Produk iQOO turut mendemonstrasi teknologi pengecasan 120W itu sewaktu pelancarannya. Beliau menggunakan bateri 4,000mAh yang terdiri daripada sistem dwi-bateri yang menggunakan sel 6C, setiap satunya berkapasiti 2,000mAh. Kedua-dua bateri tersebut dicajkan pada kadar 5V/12A atau 60W, membuatkan kadar keseluruhan mencapai 120W dengan kadar pertukaran tenaga pengecasan sebanyak 97 peratus.

Untuk tujuan keselamatan dan kestabilan, hanya telefon yang mempunyai teknologi penyejukan cecair Super VC sahaja yang akan dilengkapi dengan teknologi pengecasan 120W ini. Menurut sebuah sumber di Weibo, iQOO akan memperkenalkan telefon yang mempunyai teknologi pengecasan itu tidak lama lagi.

Berita ini muncul hanya beberapa detik selepas OPPO mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan teknologi pengecasan 125W pada 15 Julai ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version