Site icon TechNave BM

iQOO Malaysia anjurkan iQOO Bash ke-3, raikan Hari Bapa dengan aktiviti menarik pada 17 Jun ini

Hari Bapa akan menjelang dan dengan ini, iQOO mengajurkan perhimpunan eksklusif iQOO Bash ke-3 pada 17 Jun 2023. Perhimpunan ini menawarkan para hadirin peluang untuk merasai pengalaman siri iQOO Z7 terbaharu.

Peserta akan berpeluang untuk menerokai ciri-ciri telefon pintar iQOO dan menyaksikan komitmen jenama itu untuk menyampaikan prestasi gaming yang luar biasa. Selian itu, para peserta akan melibatkan diri dalam pertandingan game yang menyeronokkan dan bekerjasama untuk memenangi hadiah yang menarik.

Para hadirin juga akan dijamu dengan hidangan yang lazat dan masa yang menyeronokkan bersama bapa mereka. Sekiranya anda berminat, anda boleh mendaftar di sini kerana slot sangat terhad.

Untuk maklumat lanjut tentang iQOO, sila ikuti halaman Facebook iQOO Malaysia untuk lebih banyak kemas kini secara langsung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version