Site icon TechNave BM

iQOO Malaysia buka halaman rasmi Facebook, bakal masuk Malaysia tidak lama lagi!

iQOO akhirnya bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Beberapa hari yang lalu, mereka dilihat telah membuka halaman rasmi Facebook. Bukan itu sahaja, halaman tersebut juga memuat naik pautan dengan perkataan ‘coming soon’ pada gambar muka hadapannya.

Kepada yang tidak tahu, iQOO adalah jenama sub dari vivo yang menfokuskan kepada telefon pintar gaming. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2019 namun hanya dijual di pasaran China dan India sahaja. Buat masa ini, mereka belum lagi memberitahu sebarang tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia.

Antara produk terbaru dari iQOO adalah iQOO 7 iaitu sebuah peranti kelas andalan yang telah dilancarkan pada awal tahun ini. Ia dikuasai oleh cipset Snapdragon 888, skrin 6.62 inci AMOLED 120Hz, kamera 48MP dan bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.

Adakah anda berminat dengan peranti dari jenama iQOO? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version