Site icon TechNave BM

iQOO Neo 10 dilancar di Malaysia dengan SD 8s Gen 4, bateri 7,000mAh sokong cas pantas 120W bermula RM1,999

iQOO Malaysia telah melancarkan iQOO Neo 10 yang merupakan peranti berkuasa tinggi, memfokuskan kepada prestasi permainan dan ketahanan bateri. Ia disasarkan untuk pengguna yang mahukan pengalaman mudah alih bertaraf mercu.

Peranti dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 4 bersama Cip Superkomputer Q1 yang menyokong kadar bingkai sehingga 144FPS dan penggunaan tenaga lebih cekap. Prestasi diperkukuh dengan sistem penyejukan VC seluas 7000mm² dan RAM LPDDR5X Ultra sehingga 16GB dengan RAM tambahan 16GB.

Menariknya, iQOO Neo 10 menampilkan bateri 7,000mAh dengan pengecasan pantas 120W yang mampu mencapai 100% dalam 36 minit. Ia juga menyokong pengecasan terus untuk kawalan haba yang lebih baik serta teknologi bateri silikon generasi baharu yang tahan dalam suhu ekstrem. Paparan menampilkan AMOLED 1.5K 144Hz dengan kecerahan maksimum 2000 nits dan sokongan PWM Dimming 4320Hz untuk keselesaan mata.

Untuk kamera, ia dilengkapi sensor utama Sony IMX882 50MP bersama OIS dan autofokus piksel penuh dipadankan dengan algoritma pemprosesan imej tersendiri. Peranti ini hadir dalam dua pilihan warna iaitu Emas Sofistikated dan Hitam Astral dengan ketebalan 8.09mm dan berat 206g.

Ia turut dilengkapi perlindungan IP65 dan struktur tahan lasak bertaraf gred ketenteraan serta menjalankan Funtouch OS 15 yang menjanjikan kelancaran selama 60 bulan. iQOO Neo 10 kini ditawarkan bermula RM1,999 melalui Shopee, Lazada, TikTok Shop dan E-Stor vivo.

Tawaran pelancaran termasuk hadiah percuma bernilai sehingga RM1,600 seperti iQOO Buds 1i, aksesori Ugreen, perlindungan skrin dan lanjutan jaminan (tertakluk pada varian dan ketersediaan stok). Seiring pelancaran, iQOO turut mengumumkan Pertandingan Esports Kampus dan cabaran TikTok #PowerToWinChallengeMY yang menggabungkan semangat permainan dan interaksi sosial.

Spesifikasi penuh iQOO Neo 10:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version